Tuesday, September 15, 2009

entri debar-debar hari raya

sekarang ni gua punya makmal kompiter dah macam menjadi satu port untuk para cikgu-cikgu, para kakak-kakak makmal sain, para makcik-makcik cleaner dan juga para-para sakura untuk tidur, curi tulang dan melarikan diri daripada cikgu besar. selain ber'air-cond' makmal gua juga sangat selesa dan mempunyai tempat yang luas untuk sebarang urusan. selain itu juga, mereka turut berjual-jualan secara langsung dan juga secara tidak langsung. apatah lagi sekarang ni talian internet sudah pulih daripada terkena selesema babi. gua syak sikit hari lagi, makmal kompiter gua bulih jadi bazar ramadhan ataupun bazar tempat orang beli-beli baju dan kuih raya.
gua ada juga terasa nak pasang kemah dan kenakan sewa dekat para peniaga. yang meniaga tudung lain. yang meniaga zhulian lain. yang meniaga kuih raya lain. yang nak guna perkhidmatan internet pula gua nak cas RM2 sejam. yang nak tumpang mengulor tu gua nak mintak pengeras jugak. untungnya gua nak buat bayar don payment kereta evolution. tapi punyalah huru-hara keadaan pun gua masih tak merasakan mood beraya ada bersama-sama gua. gua terasa nak buat bisnes aje ni. entah kenapa. mungkin sekarang matlamat hidup gua bukan lagi mencari cinta sejati. gua dah tukar kepada mencari dan mengumpul harta untuk masa depan yang gemilang. tak percaya? cuba buka facebook gua. kuiz-kuiz yang gua jawap rata-rata mengaitkan gua dengan harta dan kebendaan. yang tukang buat kuiz tu pun satu. bodoh piang. soalan warna kegemaran tu memang takde langsung kaitan dengan napsu terhadap harta.

notakakiberbulu: 'mungkin' gua malas nak up sebarang entri sampailah menjelang hari raya nanti. gua mungkin dah bizi nak kemas rumah dan pergi pusat kecantikan. jadi bersempena dengan itu, gua nak mengucapkan selamat berhari raya kepada umat Islam se'belog' dan maafkanlah sebarang kata-kata kesat yang selalu gua tulis dengan sengaja dalam belog gua. maafkan juga kesalahan tatabahasa gua..

pecah kaca pecah cermin, sudah baca harap komen..

21 comments:

tyruzia_3186 said...

Aku suka pantun ko..Hehehe!
Selamat Hari Raya!

terrarosa said...

wah wah wah....
ke pusat kecantikan ?
oh lupa , tokey bizness pom mesti cun juga kan ?

selamat hari raya Jo,
ingat ! cinta buleh pecahkan pinggan di hari raya kikikiiiii....

Liliyuli said...

lu tercari-cari mood raya..tapi tajuk entry debar2 hari raya..gua agak kompius di situ..

lu mau berbisnes ye..jgn lupa gua leh je jadi share patner lu..hohoho

adsl lu dah mantap.. bill jgn lupa bayar lak..hahaha

jo said...

tyruzia:
apa lagi..jawaplah..jawap..jawap..

terrarosa:
sejak pinggan pecah, saya dah tak percayakan cinta..heh!

liliyuli:
owh..gua lupa nak sambung tajuk entri tu..rupa-rupanya gua tak rasa berdebar langsung..

bil bukan gua yang bayau..gua tukang pakai je..hehhe..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

selamat hali laye utk lu gak..

macha_sezs said...

pusat kecantikan?

hehh.ada jiwa2 wanita anggun juga lu ni . gua ingat dah pupus!

:P

paiseh said...

lu jangan cha..
tuan umah baru nak blaja jadi pompuan tu kut. biarlah..

selamat hari raya jo!!

jo said...

pentoi:
selamat..selamat..
duit raya?

macha:
kejelitaan hak milik setiap insan..
mcm mana lu nak jawap?

paiseh:
ciss..tak payah blajar la..
gua reti jadi perempuan macam mana~!

aloy_paradoks said...

apa barang post entry raya..... tak ganas la..

sharip said...

wes...
raye maila uma aku..
ader rame laki emsem..
blela ko nk cr jodoh time tu..

jo said...

aloy:
gua mmg tak ganas...gua gadis...ingat tu..gadis..

sarip:
cih..setiap kali datang rumah ko, x penah aku jumpa pekwe hensem..

Pyanhabib said...

selamat hari raya!

jo said...

pyanhabib:
trima kasih pak pyan..slamat hari raya jugak!

Tijah said...

salam aidilfitri
maaf zahir & batin

dgn ingatan tulus ikhlas
tijah, carlos & cem

jo said...

kak tijah:
selamat hari raya jugak untuk akak dan family...

aloy_paradoks said...

re: kalau lu kasi alamat esok 25 hb jugak gua datang..

FdausAmad said...

Selama hari raya ke enam..

jo said...

aloy: bai..gua kerja ni 25hb..tapi kalu malam tu gua ada sekitar bukit indah,jb..ada beran mari la..

Firdaus: selamat hari raya ke tujuh..

aloy_paradoks said...
This comment has been removed by the author.
aloy_paradoks said...

gadis? or gadis ye?
hai? saya aloy.

macha_sezs said...

ni ape pesn tak reti2 nak updet ni? gua dah bosan ni.