Monday, June 8, 2009

sopan-santun itu bukan ke budaya kita, orang timur

gua nak cuba bersopan-santun sikit untuk entri kali ini. tak nak cakap babi ataupun tulis kata-kata lucah. cemolot misalnya.

entah kenapa gua rasa orang sekarang, semakin hari semakin biadap. tadi pagi gua ada buka berita harian online. benda biadap pertama yang gua jumpa hari ini "10 ditembak mati ketika sedang solat di Narathiwat." padahal yang dicari dalam sekumpulan 10 orang ni cuma 2 orang sahaja. tak ke biadap namanya tu? tapi memang dah rezeki diorang dapat mati dalam solat. gua pun jika diberi pilihan, gua mahu mati ketika sedang solat. walaupun solat gua kadang-kadang ompong. masih ada angan-angan sebegitu. biadap sungguh.

gua masa belum mumaiz dulu pun ada melakukan banyak perkara biadap. masa umur gua masih boleh dikira dengan jari. masa gigi gua kadang-kadang lupa nak gosok. masa baju sekolah gua tak iron pun tak apa. ibu suruh sidai kain, gua hentak-hentak kaki. proteslah konon. kalau gua yang sekarang ni ada sebelah gua yang dulu tu, memang gua kerat je kaki tu. pandai pula gua karate adik gua kalau-kalau dia biadap dengan ibu. tapi tu dulu. sumpah gua dah mintak ampun sama ibu.

tapi baru-baru ni gua ada dapat meset.

"hoi bedebah, mana lu simpan barang tu hah?"

memang biadap. ada ke panggil gua bedebah. kalau panggil gua angelina jolie ke, angelina ke, elina ke, angel ke, lina ke.. kan sejuk sikit hati gua. gua cuba membalas segadis mungkin.

"maaf. encik ni salah nombor rasanya.." lebih kurang begitulah.

pung-pang-pung-pang (malas gua nak cerita ni. nak pegi makan). 'orang itu' kata dia tak silap orang. siap mintak gua buat assingment tentang siapa dia sebenarnya. gua nak berenti kerja ni. dalam kepala gua banyak nak kena pikir. malam karang gua nak makan apa. keni roges dengan sikret resepi siapa lagi sedap. mana gua boleh tempah kek lapis sarawak. makan tengah hari esok gua nak pilih lauk apa. malamnya pulak nak diet ke atau makan mekdi. kang hari jumaat gua pergi pasar malam, gua nak beli roti pita ke nak beli murtabak daging. pekena stim boat ni best jugak. tapi takde budget.

ha. kan? macam-macam gua nak kena pikir ni.

19 comments:

Liliyuli said...

pergh! lu pikir pasal makan mmg wa nak join sama lu pikir la..hahaha

macha_sezs said...

hahaha
pasal makan je lu leh buat satu entry dah.

hahaha

jo said...

liliyuli:
haha...bulih...bulih....
b'kongsi fikiran kalu, gua tak kisah..berkongsi makanan tak bulih..

macha:
pasal makanan, gua bulih kasi up sejuta entri tahu..

fndrocka said...

aku biadap dgn org yg biadap dgn orang.maksudnya aku tak reti lah nak respek org yg tak reti nak respek org lain ni.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu kena megi simbah air panas je beb...

jo said...
This comment has been removed by the author.
sharip said...

wes...
sape kate mkn megi boleh diet ha..
tu mknn oram xde wet tu..
aku undi secret respi lg sedap..
nyum2~~

jo said...

fndrocka:
meset yang pertama je gua jadi gadis..meset seterusnya?jgn harap!

pentoi:
ape barang megi...tak sedap langsung..

sharip:
padahal time susah kang, cari megi jugak..hehe...

mrblind said...

murtabak ayam la..baru true.

jo said...

asik ayam je....
pagi petang siang malam ayam..
bagi daging pulak la...

Basuh Baju said...

makan sayur la wei..haha

jo said...

basuhbaju:
makan..makan...semua gua telan..tolak batu dan kayu je..

aloy_paradoks said...

lu call je org tu,,,, ajak jumpe,,, pastu ludah muka die,,, baru la stylo..

Pyanhabib said...

makan! setel masalah dunia, ha!

jo said...

aloy:
gua org timur..sopan...

pak pyan:
kalaulah boleh setel masalah dunia dgn makan....

aloy_paradoks said...

org timur sopan....?
mcm kelakar je.

jo said...

aloy:
ye la....gua??

tasikmerah said...

gua sajes keni rojes!

jo said...

kak tasik:
gua sajes lu jangan menyamar jadi pembaris..