Thursday, May 7, 2009

saya memang seorang gadis yang licik-licik manja

pagi semalam siap je gua setting tempat untuk bos meeting mata gua dah mula sayu dan layu. dalam hati gua mengutuk kutu yang telah mengganggu waktu tidur gua semalamnya. gua tunggu orang sampai. gua tunggu jepun masuk sebab gua nak cakap 'ohio gozaimas' pada dia. dulu gua penah simpan perasaan nak pegi jepun. sekarang pun. dulu gua memang minat layan otromen. otromen ace, otromen tiga, otromen taro..macam-macam la. watak paling gua minat ialah mother of ultra. tapi sekarang gua tengok otromen, macam bengap juga. dah tak seronok macam dulu. asik kalah dan terlalu banyak komplikasi semasa berlawan. cepat lemah dan gigi kuning. tidur malam pun sampai gua termimpi-mimpi otromen. gua jadi gadis yang diselamatkan otromen. masa dalam mimpi tu nama gua angelina jolie. tapi kenapa nama otromen tu ahmad husaini bin mastur pun gua tak pasti. keturunan jawa barangkali otromen tersebut.

ok. sebenarnya gua dah 'cong' bos gua. dalam pada bos gua meeting tu, gua cakap "bos..gua nak pegi pustakaan. gua ade hal nak ke sana. hal-hal yang berkaitan dengan research jugak.." kata gua dalam nada rokes. sampai je dekat pustakaan, gua senyum. orang pun tak ramai sangat. gua pilih port paling bucu. gua bukak buku kacip gua baca ala kadar tiba-tiba gua dah tak sedarkan diri. gua rasa gua dah tidur itu jam. sebenarnya gua memang dah ngantuk gila babi. bila dapat tidur peluk meja (gaya tidur zaman sekolah) pun gua puas hati.

tiba-tiba gua dikejutkan oleh nada pesanan ringkas hempon gua dari satu kutu yang tak glemer ni. perut hampir boroi, muka tak komersil. babas (jauh sangat dengan nama sebenar).

"weh..apa nama watak arnab dalam katun wonder pets?" gua memang hangin gila. ingat meset ajak makan tengahari. marah-marah juga, gua nyanyi sikit lagu wonderpets. kemudian balas "ming-ming."

notakakiberbulu: weh kawan..dalam wonderpet mana ada arnab belakon..buta hiburan betul.
APA YANG PENTING?? KERJASAMA!!!!!!

11 comments:

mrblind said...

bukan arnab ke tu?hahaha

jo said...

balik rumah kang lu boleh ulangkaji..xpun cuba usha dkt youtube..haha..

Liliyuli said...

wonder pet cuma ada kura²,hamster dan itik je..

tapi apsal lu cakap nama arnab tu ming-ming? apakah? hahaha

mieraaj said...

joe...da katam lom kacip??nk pnjm..huhu

jo said...

liliyuli:
orang kalu dah mengantuk suruh rampok bank pun dia pegi..

miraaj:
haha..buleh2...tapi kena beratur la..hari sabtu ni ade jual kacip dekat CM..

Schamastura said...

wes..
best x kacip weh??
ko bc ala kadar jek..
cam x bst jek..
eh??

jo said...

sarip:
best la weh...
budak2 pun pelik tengok aku gelak sorang2..mcm org gile weh....

Unknown said...

ekeke...

jo said...

dazzLaila: gelak2 baca buku kacip tu kena gelak2 manja tau!

BudAk hijAu said...

hahahahah..
aku pon ingt arnab...hahaha..

jo said...

budak hijau:
haha...lu buta hiburankah?sama mcm gua....haha!