Monday, February 9, 2009

cerita angker

“ Tet tet tenet tet tet…” nada dering power rangers berbunyi dari hempon aku menandakan masuknya mesej yang entah dari malaun mane.

“Wes…make yok” camtu la lebih kurang mesej yang aku terima dari sorang Pakcik.
“Orite deh…” aku balas laju.
Cam biase la rutin harian aku. Hari isnin ke molana. Hari selasa gitu jugak. Hari rabu, kamis, jumaat, sabtu dan ahad pon ke molana jugak. Asal pukul 10 malam je ke molana, asal ke molana je pukul 10 malam. Molana ni member-member aku da angkat sebagai Club House. Kire kalo ade perjumpaan boleh la terus ke molana. Kadang-kadang kaki ni malas benar nak ke dapur tapi rajin pulak ke molana. Hari ni aku pekena sup campur single di molana. Nasi aku tak amik bagi tujuan pengurusan. Air pulak aku mintak air suam-suam kuku je. Ni kes bulan lepas gaji sangkut punya pasal la ni.

Selesai makan, minum dan borak2, sekitar pukul 12.30 malam kami pon bersurai. Lain dari hari-hari sebelumnya, hari ni aku memandu sorang diri. Al-maklumlah, osmate aku sume dah ade komitmen masing-masing. Entah kenape sebaik aku masuk ke dalam Evocil berkuasa rendah aku tu, satu perasaan aneh datang. Jalan pulak agak sepi memandangkan malam ni bukan malam minggu. Malam ni malam jumaat bai. Bulu roma aku yang ade xde ni mula meremang. Peluh pun da start keluar walaupon angin malam agak kencang (ekon tak pasang bagi tujuan penjimatan berganda). Tiba-tiba aku bau satu bau wangi yang jelas terang dan nyata. Cilakak! Time tu jugak aku da rasa nak terkucil. True punya nak terkucil. Teringat aku pada makhluk yang turut sama berjalan masa turun Rajah baru-baru ni. Dah le sebelum kuar rumah tadi aku layan citer baru yang menggantikan puaka niyang merapik. Tangan aku mula sejuk. Kaki pon. Pelan-pelan aku intip cermin pandang belakang. Mana la tau kot-kot ada penumpang. Aku usha segenap sudut. “ takde..” detik hati aku. Aku usha lagi untuk kompom yang aku memang sorang-sorang dari tadi. Takde jugak. Aneh…yang ade cuma sebakul baju, sabun basuh serta pewangi Dowry 4x.

La…padan la wangi semacam…rupanya aku baru amik baju dari mesin basuh layan diri yang lokasinya tak jauh benar dengan molana. Ni baju bawak naik Rajah la ni. Rumah aku sewa takde pulak mesin basuh. Jadi kalau nak membasuh memang separuh kederat juga kena taruh. Kaki kiri aku bengkak, lutut kanan aku tak tau la dah kenape. Sekali nak naik turun tangga, peh…azab benar. Itu pon aku kene cover-cover sebab area tangga aku selalu guna tu ade cctv. Macam ‘pingu’ pon ade.

4 comments:

tasekM said...

mahal tak mendobi situ?

BudAk hijAu said...

pinggu...?comel ok..hehehhe..

Schamastura said...

wes..
windu aku kat molana n bismillah..
huhuuhu..
ko mmg pingu pom..
tp versi ko xcumil la..
hahahaha~~

jo said...

tasikmerah : mahal la kak..3 hengget..tapi sendiri buat la..

budak hijau : comel2...mcm aku..

sharip : balik la wei...dok jauh2 buat ape?