Sunday, January 18, 2009

New Year @ Lata Hammers


Hai…nama saya jo..


Masa nak sambut New Year 2009 itu hari, aku serta beberapa org t-recs yang lain (pda, raha, pijot, pit, koroi, babas, nazri member babas, azim suami raha, member azim, ajmal dan jugak rekek) berjaya memangkah satu lagi air terjun yang ade kat bumi messia ni…Nama beliau ‘Lata Hammers’..mmg cun dan mengancam la tempat ni…Tapi disebabkan dah 3 tahun berlalu pergi, raha yang lemah ingatan dah tak berapa nak cam jalan sebab, da la jalan ke bentong tu punya la xde pencahayaan, signboard Perting Valley pulak kecik. Die pon menuduh aku penah ke sini sebelum ini..Bila masa pulak aku pegi sini??layan tilam di rumah lebih enak. Aku hanya pernah ternampak je kawasan ni. Tu pun zaman gi field trip anjuran fakulti 2 tahun lalu..


Pada awalnye kami agak sirap juga pada raha dek kerana cadangan beliau, keta pda, ajmal serta keta beliau sendiri terpaksa dijadikan 4WD dan dicalari pokok paku pakis yang tumbuh melata. Dinasihatkan pada masa akan datang, kite trekking saja bg mengelakkan sebarang kecelaan kpd kereta. Xpon kite tunggu je Storm kaler hitam berkilat datang angkut. X gitu karam??


Sesampainya ktorg di pintu pagar masuk ke trek hutan, barang2 dipacking, dikemas2 dsb dan perjalanan mencari pintu masuk rimba dimulakan. Aku tidak membawa sebarang beg dek kerana di offer oleh nazri (member babas) untuk dibawanya beg aku bersama ewah...(eleh…saje je menggunakan beg sebagai medium untuk mengorat aku..aku buat selambe je kali ni..). Setelah kami sukses menyeberangi air yang deras untuk ke entrance, raha skali lagi membuat kami angry apabila pokok yang besar sebagai tanda masuk ke campsite tak dijumpai. Sekitar 2 jam jugak kami berpatah dan berbalik, akhirnya setelah agak kecewa dan berputus asa, kami membuat keputusan untuk melepak saja di pintu rimba (kawasan lepas seberang sungai). Maka rugilah org2 yang xpernah tgk pit (bukan nama sebenar) trekking dalam keadaan yang cukup sayu dan pilu sehingga menyentuh naluri kegadisanku. Maafkan aku pit…


Seawal 8 pagi camtu, kami pon gegas apabila raha menelefon membernya untuk bertanyakan trek. Setelah pasti dengan arahan, perjalanan kami diteruskan dan kali ini kami berjaya menemukan pokok besar yang di war-war kan awal pagi itu. Rupenya sampai hujung jalan da…Lalu koroi pon mengeluarkan statement “raha masih kecik masa tu, sebab tu die cakap pokok ni besar…” Pokok tu xde la besar mane pon. Diameternya ala2 perut koroi adja.. Kami disajikan dengan pemandangan yang cukup menangkap…cukup menarik…Thanks to Raha sebab cadangkan Lata Hammers sebagai trip santai kali ini..Setelah berbeku ayam, udang, sosej dan kambing, kami pon pulang…


Nota kaki berbulu: Trip ini juga adalah trip reunion bebudak maahad muar produk xberjaya (babas, nazri, azim dan member azim).

No comments: