Showing posts with label ketiak. Show all posts
Showing posts with label ketiak. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

ketiak melekit

kucar-kacir gua keluar rumah hari ni. entah kenapa sejak akhir-akhir ni mata gua jadi tak berdisiplin. gua ingat ada satu keturunan jin dok bersantai dekat kelopak mata gua ni. cuti panjang sangat, dia jadi naik lemak. subuh tu, dia punya liat nak bangun macam apa. tak sempat gua nak bersolek-solek sebab dah lambat sangat. nasib baik gua jenis 'natural beauty'. rumah ibu gua pulak nak kena amik lebih kurang 1 jam ke tempat kerja. atas jalanraya pula, kereta bergerak macam siput babi. entah kalau gua berlumba dengan siput babi ke tempat kerja, belum tentu gua bulih menang. gua naik evocil ok. kalu nak kira lumba lari, harimau bintang pun gua bulih kalahkan. itu pun gua lari-lari anak saja.
sesampai di opis, gua buat kerja macam biasa. tidur dan mengulor selepas waktu rehat pun macam biasa. tapi hati gua kuat mengatakan yang ada sesuatu yang tak macam biasa. gua cek diri sendiri. muka-manis. baju-lawa. perangai-sopan. facebook-update. blog-cek. tapi rupa-rupanya gua terlupa pakai deodorant. cis. patut gua rasa melekit-lekit. nasib baik ketiak gua pesen tak berapa nak keluar bau. mana pulak gua nak cekau deodorant waktu-waktu pejabat ni?
5 menet kemudian....
peh..gua mula rasa ketiak gua bertenaga semula. segar lagi berbau harum. ahhhh...lavender breeze pun lavender breeze la. terima kasih ambi pur. dapat gak gua buat ganti rexona stail sembur-sembur gua. heh!
notakakiberbulu: cilakak macha! lu yang paksa gua up entri kan. tengok?? gua dah up cerita yang bukan-bukan ni...