Showing posts with label jatuh lagi. Show all posts
Showing posts with label jatuh lagi. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Untuk kesekian kalinya..gua terjatuh lagi

Dalam beberapa hari ni, gua memang rasa macam Angelina jolie sangat. Bukan perasaan berkaki panjang dan peha solid, tapi dia lebih kepada perasaan berbibir tebal yang seksi tu. Minggu lepas gua ada ikut sorang kawan. Nak main beskal katanya. Gua pun terus saja setuju nak ikut. Gua punya skill willy dan wikang pun dah lama jugak tak diuji. Ada juga skill-skill lain. Contohnya tunggang beskal sambil makan nasik lemak dan minum air teh tarik, berdiri sebelah kaki atas handle beskal dengan speed cecah 160km/j, mintak nombor talipon pakwe yang bawak kereta evolution sambil duduk dekat tempat duduk pembonceng dan ahh….. malas la gua nak tulis. Karang ramai pula yang kata gua nak menunjuk-nunjuk.

Tapi kali ni gua kena bawak beskal turun naik bukit. Keluar masuk kebun. Redah hutan belantara. Singgah jumpa harimau. Elak ular sawa. Berlumba dengan babi hutan. Dan bagi tapir makan semut. Memang mencabar laluan yang diberi. Tapi gua tutup sebelah mata je menghadapi semua tu. Sampai satu kawasan yang menuruni anak bukit, gua drive beskal gua dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi gua buat suap nasi lemak pakai sudu. Entah masa bila ada orang letak batang pokok melintang depan gua pun, gua tak tahu. Pemanduan yang begitu hebat tadinya menjadi kucar-kacir secara tiba-tiba. Brek beskal pulak dah kenyang. Dah tak mahu makan. Beskal yang gua pandu terus je melanggar batang pokok tersebut. Masa tu segala skill dalam kepala gua terbang entah ke mana. Gua berharap itu jam jugak beskal gua bertukar menjadi optimus prime. Tapi sedar-sedar je gua dah berada dekat atas tanah. Sambil pegang perut dan muka terasa perit. Dia punya malu sampai gua terpaksa buat-buat pengsan. Cilakak!

Akibatnya muka gua bengkak-bengkak, bibir jadi tebal dan eh. eh. Apahal tangan kiri gua tak bulih nak angkat ni? Sapa nak tolong gua basuh berak pagi-pagi? Cis…
.
.

Notakakiberbulu: hari ni keadaan tangan gua dah semakin elok. Minggu depan gua nak main beskal dekat-dekat hutan amazon. Ada sapa-sapa tak nak ikut gua ke?