Monday, February 20, 2012

the art of menyelam

gua sebenarnya dalam mood nak pergi menyelam. walaupun gua seorang yang garang dan berperikemanusiaan, sikap mabuk laut tetap gua tidak dapat kikis dari dalam diri. dah banyak yang gua cuba untuk memastikan mabuk laut ni tak menjadi-jadi, tetapi lambat laun datang juga perasaan nak termuntah. takpelah, gua ada banyak masa lagi untuk berusaha. kot-kot la lu orang ada tips supaya tak mabuk laut, sila tinggalkan di ruangan komen. jangan bergurau. gua tengah serius ni.







semasa cubaan membiasakan diri dengan peralatan menyelam, gua rasa bergelen juga air kolam yang gua telan. sudahnya, bila sampai satu tahap di mana gua ternampak seurat bulu berterbangan secara bebas di dalam air, gua terus rasa geli dan mula nak termuntah. celaka betei. bulu siapa dan bulu apakah agaknya itu?





Menyelam ni, gua diberitahu akan menggunakan sistem 'buddy' di mana semua penyelam tidak dibenarkan menyelam sendiri-sendiri. mesti kena selalu ada 'buddy'. semasa sesi latihan, kami diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan 'buddy' masing-masing. sebenarnya gua baru tukar 'buddy' yang lain sebab gua rasa gua banyak menyusahkan 'buddy' lama gua yang sebenarnya pun masih takut-takut. jadi gua memilih untuk ber'buddy' dengan satu kutu yang tak asing lagi iaitu ... (ahh...cerita pun bukan lu orang kenal).





gua : woi, ko jadi buddy aku tau, roi...

buddy baru : ni buddy ke babi?




tak sabar dah ni gua nak gosok gigi ikan jerung


Notakakiberbulu : tu yang gua malas nak cerita lebih-lebih. tapi gua dah takde pilihan sebab dia terer berenang. grrrrr......

2 comments:

Wadi AR said...

tak pon ko gosok la penyu laut punye cengkerang. wei, lukis kan tuk aku

jo said...

Ko maw kura-kura ke??