Monday, November 7, 2011

Menguruskan Badan

Sebenarnya pada sudut hati gua yang paling dalam gua ada juga terfikir untuk lebih serius dalam arena menguruskan badan. lebih-lebih lagi bila tiba hari perayaan. waktu itu gua akan memberi kelonggaran kepada diri sendiri supaya 'apa salahnya makan banyak sikit' dan belum sempat keesokan hari, gua akan menyesal gila sebab tidak cukup kuat berperang dengan makanan. maka, akan bermulalah episod bersukan, berpuasa, bergym, berbasikal dan bermacam-macam lagi dalam hidup gua.


Semalam adalah hari raya aidiladha dan secara lazimnya pada hari raya aidiladha gua akan beria-ia makan sup tulang dan sup daging walaupun dekat rumah gua tidaklah berkorban apa pun tetapi keluarga gua mesti akan makan hidangan berunsur-unsur daging lembu atau kambing. dan macam biasa, penyesalan akan datang selepas gua bedal cukup-cukup daging-daging tersebut.


Lalu dengan berfikiran pendek, gua terus mengisytiharkan minggu ini adalah minggu menguruskan badan dekat gua punya fesbuk. dalam hati gua berkobar-kobar dengan membawa cereal ke pejabat sebagai pengganti nasik untuk waktu makan tengah hari karang. gua pun macam biasa, memulakan pekerjaan gua dengan iklas dan penuh komitmen. tiba-tiba gua terasa nak terkucil dan keluar pergi ke tandas berhampiran. semasa menuju ke tandas, gua terserempak dengan satu brader lebih kurang sama tinggi dengan gua dan muka boleh pergi jauh dekat depan pintu masuk bahagian.


Gua pun menyambung pekerjaan selepas balik dari berhadas kecil. sampai tidak sedar rupanya dah masuk waktu makan tengahari bagi pekerja gomen dan yang sama waktu dengannya. tiba-tiba datang pulak satu kutu mengajak makan tengahari.


"Kome x nak makan tengahari ke? Abang dekat depan tu ajok makan sekali haaa..."

Gua pejam mata rapat-rapat dan tepuk gua punya hati. tak manis pulak kalau gua nak mengamuk depan rezeki sebab dekat depan gua sudah ada nasik berlauk udang masak gulai. dekat tepi gua pulak sudah duduk satu brader lebih kurang sama tinggi dengan gua dan muka boleh pergi jauh yang gua jumpa dekat depan pintu masuk bahagian. CISSS.....


Notakakiberbulu : Tak tahu la mana satu yang gua x tahan sebenarnya. Hahaha!

3 comments:

tasekM said...

berapa jauh bulih pergi agak2nya tu...

:p



.

jo said...

ahaha..laju jeee kak?
tadi plan nak gym, sekarang kasut sukan lupa bawak pulak...banyak sangat halangan ni..heh!

ardzmarn said...

gua tahu lu bukan nak cerita pasal bab kuruskan badan tu sangat sebenarnya.. tapi lebih ke nak cerita pasal brader muka boleh pergi jauh tu kan kan..

licik betul perangai.. hahaha..




.