Tuesday, October 4, 2011

think of happy thoughts

Bila hidup gua slow-slow menuju ambang kegagalan, gua mula menjadi kucar-kacir. Masa ini, perjanjian gua dengan diri gua sendiri untuk menjadi seorang yang rasional dan bukan emosional hampir-hampir gua lupa. Masa ini jugak, perasaan nak pergi kerja, perasaan nak pergi berkaraoke dengan kawan-kawan, perasaan nak berak, perasaan nak makan nasik, perasaan nak korek hidung dan lain-lain perasaan menjadi sangat aneh. Sikap periang gua juga secara tidak sengaja berubah menjadi sikap pemarah dan cepat naik angry. Walaupun begitu, level natural beauty gua tetap tidak berubah.

Jadi cara terbaik yang gua amalkan jika perasaan kucar-kacir melanda diri gua adalah gua akan think of happy thoughts. Ini pun gua belajar daripada blogger profaniti karut dan gua rasa cara ini bagus untuk kasi perasaan kita lega sekejap. Bagi oksigen masuk semula ke dalam otak dan biarkan otak bekerja dengan relaks.

Jadi gua pun think of happy thoughts.

Gua pejam mata rapat-rapat dan mengandaikan gua sekarang sedang berdiri sambil mendepakan tangan. Baju dan seluar gua kencang ditiup angin. Bahagian perut yang buncit kelihatan jelas. Dekat body gua dah siap sedia body harness untuk tujuan safety sebelum terjunan bungee gua yang pertama dibuat. Gua terjun, dan…pehh…angin mula bergasak-gasak masuk dalam baju gua. Gua menjerit sekuat hati kegembiraan. Mungkin ada rasa terkencing sikit semasa gua berada di ruang atmosfera.

Gua pun think happy thoughts lagi.

Mata gua terpejam. Gua dapat rasakan sesuatu yang melekat-lekat pada badan dan muka gua sekali gua terbau aroma yang cukup familiar, menerjah masuk ke dalam hidung gua yang berbentuk pipih tetapi masih lagi sedap mata memandang. Gua tarik nafas yang paling dalam sekali. Gua terasa bahagia. Mata sepet chinese look kiri gua buka sikit dan rupa-rupanya gua sedang berbaring di atas timbunan duit kertas RM 50 dan RM 100. Gua kasi guling badan gua satu kali. Ada 2-3-4 helai duit yang melekat pada siku, tangan, kaki, leher dan peha gua. Masa tu jugak gua terbayangkan ciken cop 4 tingkat.

Ahhh…ini tak berapa syok sangat…

Gua pun cuba think of happy thoughts lagi.

Mata gua masih lagi terpejam. Suasana sepi dan sejuk. Gua sedang berbaring di atas tilam air buatan Itali. Alunan muzik arab bergema diruang tersebut. Gua masih di dalam selimut yang tebal dan empuk. Walaupun sejuk, badan gua teras suam-suam kuku macam kena peluk dengan lelaki berbadan sasa. Dengan mata yang masih bertutup, gua terasa seperti terpegang bulu kasar. Hah??? Kenapa bulu kasar? kenapa gua ada suami ni?? Bila masa pulak gua kawin??

Ini pun boleh kira sebagai happy thoughts ke? Kena delete ni dari memory gua. Biru….biru…..




Notakakiberbulu : Gua tengah kusut ni dengan kerja, bos, struktur body dan kewangan. Sebab tu gua terfikir yang bukan-bukan.

5 comments:

ardzmarn said...

lu pakai bikini ke part berbaring bergolek atas duit tu.. gua cuma sedikit keliru tang duit buleh melekat kat peha tu..

p/s: gua terpaksa menggunakan perkataan bikini supaya tak menampakkan sangat tahap imeginasi gua ketika baca happy thought lu nih..

sharamli said...

struktur b0dy tu mcm 0k je

tasekM said...

bulu kasar?
kakaka...

jo...
jo...




.

Liliyuli said...

think happy thoughts lu tu masih rasional..masih. hahaha

poyotito said...

pendek kata, kena selalu positif. baru lah bengkrap pun jadi satu hiburan.