selepas berpenat lelah membasuh pinggan mangkuk, periuk dan segala macam peralatan lain dekat dapur, gua memilih untuk duduk lepak dekat sebelah ayah gua yang sedang berasap-asap menghisap rokok. 25 tahun hidup dengan orang merokok menjadikan gua seorang perempuan yang malas-dah-nak-komplen tentang rokok kepada mana-mana lelaki. dengar-dengar cerita, masa tingkatan 2 dekat SMS Kluang dulu, ayah gua pernah kena rotan dekat perhimpunan dek kerana merokok. jadi, ayah lebih lama kenal rokok daripada kenal gua. tapi, syukur sampai sekarang ayah masih sihat dan hensem. berkat doa anak-anak agaknya.
ayah ni gua tengok memang seorang yang kool. jenis tak banyak bunyi. oleh sebab itu, ayah tak perlu rotan, hanger atau apa-apa untuk buat gua melalak bila kena marah. cukup dengan kata-kata sahaja. pedih dan sedih kalau terkena. cuma yang gua tak faham, rata-rata member yang datang melepak dekat rumah cakap ayah gua ni seorang yang sporting dan kelakar. memang kelakar pun. tapi jarang bebeno ayah nak melawak depan kami adik beradik. sporting?? yang tu lagi la gua tak faham.
ayah gua dulu mengurat ibu gua memang stail. main gitar grengg..grengg dan tujukan lagu dekat ibu gua dalam satu majlis makan-makan dekat penang. sekali dengar, macam cerita gila-gila remaja pun ada. terus ibu gua tak fikir panjang dan jatuh cinta. kendian diorang pun kawin dah melahirkan anak yang comel-comel. salah seorangnya adalah gua. sekarang ayah sudah ada 7 anak perempuan dan 1 anak bujang. yang dia dok risau-risau bila anak-anak sikit pun takde story pasal pakwe nak datang jenguk rumah dekat ayah.
jadi, bagi mengelak dari ditanya oleh ayah, gua pun bagi alasan yang pakwe tengah kumpul duit sedangkan jangan kata pakwe, ah... malas dah la gua nak cerita bahagian ni. yang menjadikan gua lagi sedih bila ayah berkata;
"dia ada duit berapa? dua ratus? lapan ratus? 5 ribu? berapa je yang dia ada ayah tak kisah. ayah yang kena berterima kasih dekat dia sebab sudi terima tanggungjawab ayah. sepatutnya, ayah yang kena bayar dekat dia..."
kan? kan? kan gua dah kata. ayah, kalau dah berbunyi, walaupun perlahan selalu buat gua rasa sebak.
dua ratus? sebaknya gua dengar....
notakakiberbulu: ayah gua sebenarnya fan tuan guru nik aziz..
17 comments:
hahahhaa..die klu nak bg pree pom agaknye ok..hahah~~
bengong sarip....haha..
hahaha..ayah ko mmg besh..200 pun bole kawen..hurmm mmg patut iklan nih..
k.jenna
lain macam bunyi bapa lu ni. Bunyi macam dah tak tahan tanggung dosa lu. huhuhu
rembo: hahahahahaha..agaknya la tu. lu jadi bapak kang, jgn lupa kabo dekat gua perasaannya macam mana...
muka serius je baca bila berkaitan dengan ayah ko. sekali part hujung ko buat saya tergelak. LOL..
k. jenna: ini bukan iklan..luahan perasaan....
chan2: hehe..gelak la..gelak...org dah kawen, apa mo kisah..
ok lah tu... buat yg wajib je...huhuhu
ejaan sporting slalu buat kita lupa apa peranan gelaran tu untuk seseorang. kalau eja "supporting", dengar macam skema toya plak. tapi toyamokya pun, jelas dan clear kan?
beliau dahulukan yang fardhu tu Jo. cool wei
kakakaka...
bisa.
mmg bisa.
.
jap jap gua nak kira duit..
takat dua ratus apedehal..
..
aiseimen..
sori Jo..
kurang satus tujo ploh lapan hinggit je lagi..
..
k.lydia:
haha..betul la tu..dulukan yang wajib...
the man:
sebenarnya jelas org faham dalam cerita ini ia membawa maksud supporting. lagi pulak ayah saya dah lama berhenti bersukan (sporting). hahaha..
ye..cool..cool..
adzman:
nak kena tikam?
kak tasik:
kan? kan dah cakap..makin tua makin berbisa.
rm2oo tu dah kira 0k da tu j0..ha3
ok r tue beb....drpd pakej tige sepuluh ringgit.... :)
Bapak lu memang rock bila dia berkata2 camtu..memang Ramli Sarip..
Post a Comment