Thursday, August 25, 2011

dilema baju raya

Bila dah dewasa dan ada keinginan untuk melawa ni, semakin banyak pulak yang gua kena perabih. Maklumlah, dah ada duit sendiri. kalau dulu mengharapkan subsidi orang tua, kena la belanja dengan penuh hemat. kalau tersalah beli, nak menyesal pun tak berguna. nak beli baju kebaya? peh...mimpilah. nak beli baju kelip-kelip? telan air liur je nampaknya. tapi yang sebenarnya gua memang tak pernah heran pun . mungkin sebab dah di asuh dari kecik supaya jangan berangan benda yang aneh-aneh jika benda aneh-aneh itu mustahil untuk dimiliki waktu itu. jika betul-betul nak, kena usaha sendiri. jangan kata baju raya, kasut sekolah impian, beg sekolah impian, alat permainan atau apa sahaja benda yang perlu bagi anak muda remaja dan tak perlu bagi ibu bapa akan gua usahakan sendiri. contohnya jika harga kasut cap ayam boleh dapat RM 5 hengget sedangkan kasut jenama idaman gua harganya RM 100, maka lebihan RM 95 hengget tu kena la gua cari sendiri. ini contoh sahaja.


maka, bila dah bekerja dan dapat gaji tak seberapa, gua jadi tak tentu hala untuk membeli barangan yang masa dulu kecik-kecik, ibu dan ayah gua buat dek aja bila gua mintak. akibatnya, budget bulan gua serius lari dek kerana sikap tamak haloba dan tak mengenal erti membazir gua tersebut. maka, untuk raya kali ini, gua memutuskan untuk pakai baju opis sahaja sebagai baju raya kerana semakin dewasa, gua semakin mengenali erti susahnya untuk mencari duit demi sesuap nasi. baju yang dibeli MESTI boleh dipakai untuk pegi opis untuk hari-hari mendatang. tak lagi macam dulu. sibuk cari baju ketat-ketat dan kain belah-belah. musnah pahala puasa yang dikumpul dekat sebulan. paling tak tahan bila ayah gua tegur secara pelan-pelan, "apasal pakai baju macam ini? nak hantar ayah masuk neraka ke?" sebagai anak yang mengaku diri sendiri solehah, adakah gua patut berdiam diri dan tersengih-sengih sahaja?


nota kakiberbulu: ok la. ini kali punya entri gua sekadar mahu berkongsi saja dengan awek-awek kat luar nun. kadang-kadang kita sendiri tak sedar tindakan kita walaupun kita sedang sedar. tak faham? tak faham x pe la....

5 comments:

fndrocka said...

alang-alang raya pakai baju opis..kau kerja je lah time raya

sharamli said...

j0..k0 pakai baju apa p0n tetap nampak ayu..keh keh keh

alhena said...

pergh!!baju raya pun dilema. Aku ingat ko je :P. Kita geng ah!Aku mn de baju raya tahun ni. Pakai je baju mn ada hehehe :P

pakcik said...

ko takyah raye de...

Pisey said...

Selamat raya kakjo!