Thursday, March 3, 2011

satu waktu dulu

bukit broga
dulu....

pagi selepas waktu subuh

lalang yang berjoget ikut arah angin

hanya ada beberapa ketul manusia saja

trek yang masih terjaga

kredit kepada tukang amik gambar, encik jenal othman dan abg mat saiko.

bukit broga, sekarang....

baru-baru ni gua ada datang lagi ke bukit broga. perasaan menjadi semakin eksaited sebab bagi gua bukit ini walaupun kurang cabarannya, tapi daya tarikan dan view yang sangat mengancam menarik-narik gua untuk datang lagi dan lagi. setibanya di tapak parking kereta setelah 2 tahun gua tak datang, gua terasa macam nak terberak bila melihat punyalah banyak kereta. sebiji kereta gua agak-agak dalam pat ketul manusia. mak, ayah, abang, kakak (kalau yang pergi dengan keluarga). takpun pakwe, makwe, posmen diorang dan penyibuk. ada juga yang pergi atas dasar menemankan kawan-kawan. dan paling tak boleh belah yang pergi panjat siap dressing midvalley pun ada. ada lebih kurang 30 bijik kereta jugak masa tu. kali je la dengan empat. yang bengap matematik tu bolehlah kira pakai kakulator henset.

dalam kemarah-marahan dan terkejut berak, gua daki jugak bukit tersebut. lama tak berjogging menyebabkan napas gua terputus-putus bekerja keras. setengah jam kemudian gua dan empat lagi kutu sampailah di kawasan puncak bukit. macam pasar lambak dan berlambak-lambak manusia yang ada dekat atas tu. siap boleh jumpa classmate dan orang-orang fakulti lagi. hati gua sakit bila gua tengok ada sesetengah pengunjung yang berjalan/ membuat jalan/ pijak lalang-lalang tinggi. menggelongsor dan menyebabkan lalang tercabut dari tanah sambil bergelak-gelak dengan gembiranya. lepas tu, tinggalkan bukit broga dalam keadaan yang 'sakit' macam tu. kepala hotak dioranglah!

dan klimaks kepada sakit hati gua hari itu apabila ketika gua baru nak duduk melantak roti kosong dan coki-coki bekalan member gua, gua terdengar pulak bunyik "praaakkkk" yang kuat. "celaka............." terus gua naik meradang. seluar trek yang gua pakai dengan mistiknya telah terkoyak ngam-ngam dekat bahagian pungkok. celaka punya seluar saiz s.

notakakiberbulu: lain kali, kalo nak trekking sila pakai seluar tight dekat dalam bagi sesiapa yang suka memakai seluar-seluar berjenama murah kerana jika tidak, ia akan mendatangkan keaiban kepada anda jua. terima kasih kepada sweater babas kerana menjadi penyelamat maruah gua. sekian.



7 comments:

tasekM said...

dah bontot saiz xl..

agak2 leeeee...




.

jo said...

woowoowoo..
saiz xl tu...hahhaha...
tapi seluar itu mmg bikin malu la kak.

poyotito said...

sayang betul ke Broga aok ni..

btw, saya like komen Tasik Merah.
keh keh keh

poyotito said...

satu lagi,
gambor atas sekali tu edit ke weh?

oranglidi said...

hahhahaha!! dah tu ada orang tengok x kejadian berkenaan?

FarhanaLicious said...

lain kali beli la seluar ikut size bontot ko. jangan ikut size bontot aku. haha

Dewajiwa said...

dah bleh dah jadi peneraju page nie Jo. kasi kuat sikit kempen ye. hehe.

pada yang sayang Broga Hill, meh support (sebarkan) page nie: http://www.facebook.com/pages/Save-Broga-Hill/195311197151099

eh..TERiklan la plaks kat sini.
Jo.. *angkat tapak tangan paras dahi*