Wednesday, June 9, 2010

cara-cara nak dapat makan percuma

tadi pagi gua ke jabatan pendaftaran negara untuk menyetelkan masalah ketiadaan ic akibat beg duit gua dicuri masa tengah 'feel' dalam wayang. entah apa yang 'feel' sangat pun gua tak tahu. oh. brad pitt malaysia ada talipon gua 3 hari sebelum. sampai gua kena senyum 3 hari berturut. itu pun selepas dia hilang 3 minggu. gua ingat dah kena culik dengan orang bunian. ini pun dah hilang semula entah pergi mana. asalkan dia bahagia. otromen jawa pulak sibuk bagi terapi kejutan elektrik. jadi yang menonton wayang hanya wondergirls saja.

cerita lagenda budak setan tu memang setan. buat buang duit sahaja. pergi sebab layankan orang. akhirnya gua punya beg duit kena tibai. ah. nama sahaja beg duit. tapi isi dalam bukan berduit pun. tapi ada bendabenda penting macam kad-kad bisnis, kad-kad bank, kad-kad pengenalan diri dan lesen bawak kereta lumba. bila fikir-fikir semula, segan jugak kalau ada orang tengok. ic gambar darjah 6 yang tak serupa gua. waktu tu gua jadi ketua kumpulan anti lelaki. ini semua pengaruh media. percayalah. lagipun masa tu gua tak pandai lagi pakai gincu. nasib baik pendatang asing takde kad pengenalan biru. kalau tidak, susah juga nak teka negara asal gua. alah. sekali-sekala merendah diri dalam entri sendiri apa salahnya.

dan yang sakit hatinya, gua terpaksa meluangkan masa gua untuk setel segala macam kad-kad tadi. bila gua nak buat lesen bawak kereta lumba, dia mintak ic. sama jugak macam kad bank. pun mintak ic. tapi nak buat ic kena ada duit. tapi kad bank tak dapat buat. memang syaitan. tapi orang kata setiap kejadian ada hikmahnya. lalu...

dalam keadaan kelam kelibut, gua berjaya pergi pinjam duit sama budak opis member gua yang kebetulan opis dia ada dekatdekat tempat gua buat ic. malu tu gua dah simpan siap-siap dalam bonet evocil. dan sebab terlupa nak ambik balik malu yang gua simpan tadi, gua telah terberkenalan dengan 2 orang abang brader yang pada asalnya gua ingat mereka adalah bonzer jabatan pendaftaran negara. timing pun memang kena sangat. timing orang pejabat keluar makan tengahari. gua waktu itu cuma ada RM3 dalam poket, nak bayar tol balik rumah, adalah belen 7 posen. tanpa berlengah lagi gua ajak diorang pergi makan tengahari terus di lokasi berhampiran dengan hanya bermodalkan sedikit senyuman manis dan lawaklawak tidak keterlaluan.

"kau ni berani pulak percaya dekat kita orang? siap ikut pergi lunch lagi. tak takut ke tengok muka ganas ni?" salah seorang abang brader bonzer tanya dekat gua sambil bulu hidungnya berkibar-kibar akibat nafas yang dinaik turunkan.

gua yang masa tu tengah sedap layan bakso terbaik di daerah pasir gudang terus rasa nak terbelahak.

"aku tak percaya langsung. sebab tu aku ajak makan dekatdekat area sini je. kalau tak dah tentu aku ketuk engkau orang dekat tempat lain. sini ramai orang. takpe.."

gua terus sambung hirup kuah sup tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah. apa ada hal. makanan dah siap bayar.


notakakiberbulu: kali ni gua nak kasi tips sikit. kad atm tu kalau bulih, janganlah bubuh nombornombor yang ada dalam ic. 2 saat je dah dapat teka bila beg duit lu orang kena sapu. contohilah gua.

16 comments:

Anonymous said...

ok kad bank aku ada nombor dalam ic.
esok aku tukar.

jo said...

shax:
ini cuma persediaan awal. takut takut ic ada sekali sama kad atm bila kena curik. memang kendurilah pencurik tu wei..

GeNgKaPaK said...

gmbo balak ko ade dlm tu x?haha

ardzmarn said...

brader ala bonzer tu terangsang kat ko ker sampai bernafas pun sampai terkibar bulu idung..




p/s: gua tak tau nak carik perkataan aper sampai gua terpaksa guna perkataan sampai sampai dua kali..



.

ace farhan said...

Cam bedebah gila ayat lu gua rasa.

hanie said...

masa wa kena copet dulu..mende pertama wa buat..i.c..dh la jpn tu sedikit hamjad..kad2 yg lain2 tu..mkn bulan jgk lah br setel..hehehehe...

pisey said...

kad bank aku ada empat kot.gedik gi buat.nanti nak kene buangsatu sbb mmg tak guna.rugi bank tarik duit je.ic muke cun je tp tembam.heran,dulu2 dh mmg kurus tp pipi ish3

sejak bila ko ade perasaan bersalah kan kak? ahaha.

Liliyuli said...

laaaa...sian lu..

tapi,

aku kagum ngan lu beb. leh ajak lak bonzer tu makan skali..hahaha

Anonymous said...

tapi bank aku ada rm8.80.
nak kena risau jugak ke?


-shax malas login-

Kuwe said...

Hilang belakang kira.
Prosedur lah bagai, tak senang macam bakso free.

alhena said...

aku takut betul bab bulu idung berkibor tu. tkpe la.. tk lalu aku nk makan pree.huwaa!!

tasekM said...

esoknya ko keluar lagi ngan brader tu kan...?



.

Alip~Ya~Alip said...

akanku simpan tips mu di dalam petais sejuk beku ku....

jo said...

gengkapak:
gambar balak takde. gambar tokey balak, ada.


adzman:
bulu hidung berkibar-kibar tu lambang gengster. bukan lambang napsu menaik..


ace farhan:
eleh.. baca sampai habis jugak, kan?


hanie:
betul. pahtu, kita pulak yang kena denda. nasib baik gua pandai menipu. dapatlah sikit diskaun.


pisey:
tapi, ic lama aku tu memang macam indon. itu yang buat aku segan tu. hahaha..


liliyuli:
nanti gua ajak lu sama ok? kita pau apa patut.


shax:
budus~


kuwe:
a'ah la. bakso free tu gua beli pakai senyuman manis je..


alhena:
haha..kalau dia buat macam macam, aku tarik je bulu hidung dia. takde hal..


kak tasek:
memang seorang akak yang memahami. tapi tak lah esok. esokesoknya la kak...


aya:
ala...aku tahu..aya lagi expert dari aku bab-bab cenggini...

mulut jahat said...

damn! ko ni laki ke ppuan doh? aku confused o_O

jo said...

nani:
woi..aku ada la. semua yg ko ada..husben je blum ada lagi..