Monday, November 9, 2009

hilang tumpuan

Lu orang tahu macam mana rasa ‘hilang tumpuan’? pernah tak ‘hilang tumpuan’ mengganggu hidup lu orang? adakah perasaan ‘hilang tumpuan’ itu memudaratkan? bahayakah kalau ‘hilang tumpuan’ terus menghantui hidup kita? apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ‘hilang tumpuan’ ni? sebab gua memang dah berkali-kali terkena dengan benda alah ‘hilang tumpuan’ ni. kalaulah ‘hilang tumpuan’ sejenis lelaki dewasa, tentu gua dah sunat dia buat kali kedua tanda gua geram dan protes.

Contoh ‘hilang tumpuan’ yang pertama. lu orang memang dah tak tahan. betul-betul di penghujung rindu, nyawa-nyawa ikan dan tak tahan lagi. perut kata pergi, jamban kata mari. tapi dalam perjalanan ke bilik air, ada pulak yang menahan. minta buat itu, minta buat ini. urgent katanya. tak semena-mena rasa nak terberak pun hilang. yang tinggal cuma rasa nak penampar orang. terpaksa cari mood semula.

Ataupun ‘hilang tumpuan’ yang begini. lu nak study. betul-betul nak study. terasa insaf bila tengok pointer sem sudah jatuh berguling-guling akibat terlampau banyak merepek. handphone kasi letak jauh-jauh. laptop pun. duduk atas kerusi sambil tengok buku. pegang pensel tulis nota. kucing lalu depan tingkap, mengiau. nampak orang dating, mengumpat. nampak lelaki gagah, mengendap. nampak lembaga besar, hitam, dan berbulu, menidurkan diri. member talipon, mengeteh. dapat result, menangis.

Gua pernah ter’hilang tumpuan’ satu ketika dulu. zaman muda. nafsu bergelora. masa tu gua tengah aktif berkecimpung dalam arena cabut hostel. cabut hostel ni bagi gua macam cabut bulu ketiak. ada masa senang. ada masa tidak. berbalik pada topik ‘hilang tumpuan’ tadi. gua dan beberapa kutu telah merancang untuk bergembira sebelum sesi sekolah petang bermula. kami akan menyusup keluar ikut pintu rahsia yang ada pokok mangga. bila sampai di pokok mangga, gua mula ‘hilang tumpuan’. rupa-rupanya musim mangga tengah berlangsung. jadi sebelum keluar bergembira, apalah salahnya pekena buah mangga sebiji dua.

Oleh sebab masa tu buah mangga tumbuh tinggi (ataupun gua masih belum mencapai tahap tinggi ideal), gua dan rakan sepasukan terpaksa menggunakan modus operandi kerusi meja dan ranting kayu untuk mendapatkan buah mangga. tak beberapa lama gua ketuk-ketuk, sebutir mangga jatuh ke tanah. gua summer sault berputar dari atas kerusi yang duduk atas meja. nasib baik cikgu gimnastik sekolah tak nampak. kalau tak, tak tahu bagaimana cara gua nak menolak pelawaan beliau daripada menjadi wakil gimnas sekolah. seksi la diorang punya uniform. gua terus terkais-kais bawah pokok mencari hasil pukulan gua tadi. tiba-tiba gua terasa tak sedap badan, pedih, gatal-gatal, merenyam, sakit dan cantik. celaka! siapa yang pukul sarang semut kerengga masa gua tengah duduk bawah pokok ni hah???ha. ha. ha…ram!

notakakiberbulu: Hari itu gua belajar sesuatu. cara-cara ikat kain batik secara berkemban, sambil sorang kawan lumur minyak gamat satu badan. semua pasal ‘hilang tumpuan’.

21 comments:

macha_sezs said...

first!!

terrarosa said...

ngko suka mangga Jo ?
itu dah termasuk dalam ciri - ciri wanita idaman kikikiiii...

masa aku jatuh cinta yang ke 57 kali, aku pernah tertinggal kunci rumah kat opis, macamana nak masuk rumah kalau dah aku sorang2 duk kat situ...
hampagas betullah !

sharamli said...

hilang tumpuan time stdy memang slalu sgt2...
bajet c0ncentret letak f0n ngn lapt0p ja0h2..padahal ati xtenang nk tgk msg la..nk bkk bl0g la..mcm ap tah...hua3

♣haNie♣ said...

hahahahahaahahahah!!

eh...tergelak plk kat lu :P

jo said...

macha:
siapa yang lumba dengan lu?

terrarosa:
yang tu bukan hilang tumpuan..itu lebih kurang macam kena angau je sebab masih dalam mood bercinta.


ciri-ciri wanita idaman??
yes!yes!yesss!

sharamli:
hahaha...gua tau dah. penyakit ni bukan terkena dekat gua sorang. masih ramai lagi yang senasib dengan kita..

hanie:
gelak jangan lupa tutup mulut. huduh kalau ada orang tengok...

alhena said...

sib baik aku tk hilang tumpuan masa baca entry ko. aku tgh tido ni!aku dh ilang tumpuan tido lak.huhuhu

aloy_paradoks said...

manusia selalu takut dengan benda kecik.. ye ke?

FarhanaLicious said...

hilang punca tau la. huhu

Hidemichi said...

pakai kain batik berkemban lagi seksi dari baju gimnas!

cik EPAL said...

ikat batik?? :D

Liliyuli said...

banyak betul poin merepek lu..ceritanya 2 baris jek..hahaha

jo said...

alhena:
sekarang nak salahkan entri aku pulak...kau nak kena ye??

aloy:
kenapa weh??
lu takut dengan lipas jugak ke?
haha...

farhana:
hilang punca bukan sini tau..sini rumah orang lain...

jo said...

hidemichi:
haha...sekurang-kurangnya pakai kain batik lagi nampak ayu...tak gitu??

cik epal:
kau dah lulus belum ikat kain batik? aku dah!

liliyuli:
2 baris je yang lu nampak?
penat gua type entri berbaris-baris...

maEL said...
This comment has been removed by the author.
maEL said...

ah malas la gua nak komen~
hahaha..

macha_sezs said...

haish. lu kan dah femes sekarang. komen pun banyak.

bukan senang nak dapat komen first, tahu??

cilakak. lupa diri bila dah ayu.

hahaha~

jo said...

mael:
aihh...lu ni x tahu la gua bila rajinnya tu....

macha:
ala cha...bila masa la ada org rebut-rebut nak komen entri gua..
gua sekadar blogger picisan saja..


tapi bab yang ayu tu gua tak boleh nak halang kalau ada yang rebut-rebut nak setuju...

Hidemichi said...

bukan ayu...tapi birah!hahaha

jo said...

hidemichi:
wah...nak kata gua birah la tu!

sharip said...

merepek bnyk..
point sket..
adoiiii~~

jo said...

sharip:
apa pulak?
cuba baca elok2 sikit...