Wednesday, April 16, 2014

Hadiah ulangtahun kelahiran

Hari ini.

Gua solat zuhur sampai dua kali. Mandi pun sama dua kali.

Semua gara-gara lupa niat mandi wajib sewaktu mandi tadi. Ah...gua syak ni gara-gara tak cukup kalsium la ni. Lagipun penat giler weh balik dari mendaki dengan perut boyot 5 bulan ni. Honeymoon katanya.

Hadiah harijadi yang paling manis.

Friday, December 27, 2013

Misteri Kebangangan Highway Pasir Gudang ~ Desaru

Apa khabar semua pembaca blog gua? Harap-harap lu orang semua dalam keadaan yang tenang dan tidak memberontak. Lama betul gua bercuti daripada menulis. Kucing dekat rumah gua beranak pun dah 2, 3 generasi jugaklah. Sebenarnya hal yang paling bermakna ialah tahun ini gua dah tamatkan zaman bujang gua. Zaman bangun pagi waktu tengahari Dan zaman tidur malam, nyenyak sampai ke pagi. Alhamdulillah. Untuk pakwe-pakwe yang kecundang di luar sana, maafkan saya. Sebenarnya saya isteri dia. Keh keh keh. Selepas menikoh ni, lain macam betul perasaannya. Bila dengar lagu najwa latip tu rasa macam nak sing along. I'm sorry but I love you.. whut daaaaaa  ??

Oleh sebab gua masih lagi bekerja sebagai kuli, berpanas terik, berpeluh ketiak..maka seminggu 2, 3 kali gua akan merentasi Lebuhraya Pasir Gudang-Desaru yang bangang untuk ke Pengerang. Kadang-kadang tu lebih daripada 2, 3 kali jugak gua akan berulang dari rumah mentua dekat Pasir Gudang. Mengerang gua duduk dekat Pengerang sorang sorang. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam suku dari Pasir Gudang ke site gua dekat Pengerang nu.

Toll card.

Kalau ada siapa-siapa yang pernah lalu ikut highway ni, mesti lu orang pun sependapat dengan gua. Bukan sahaja bangang peringkat kebangsaan yang gua nak tegaskan disini. Dia punya kejuruteraan jalan raya juga boleh tahan bengap.

Namanya highway, tapi dia punya single lane memang boleh buat orang menyirap seawal melepasi gawang plaza tol (amik tiket).


Benda ni dah dekat 3 minggu gua perati. Takde langsung perubahan. Itu hari ada jugak gua nampak beberapa kutu menurap jalan. Yang gua nak marah sangat bukan apa. Malam entah bila, gua lalu time hujan. Ada jentera, ada kereta proton saga tengah bertungkus lumus menurap premix ke atas road base. Persoalan kejuruteraan gua, boleh ke premix time hujan hujan? Bukan kena goreng panas panas baru turap tar tu ke? Masalahnya lubang bertakung air pun dia aci redah bubuh tar dan turap. Ini ikut spec jalan highway ke ikut spec jalan kampung? Ada siapa-siapa boleh kasi jelas?

Ini dia punya jambatan. Secara jujurnya gua kagum sebab dia punya design sikit lagi nak sama dengan yang ada dekat Putrajaya. Tapi dah dekat 2 bulan gua tunggu, hanya satu laluan sahaja yang dibenarkan akses kepada public. Kata member gua dia tengah run inspection. Kejadahnya inspection sampai 2 bulan? Pulak tu, dia punya kon bersepah-sepah atas jalan raya. Begitu membahayakan keselamatan penunggang motorsikal dan juga motorkar.

Pemanduan gua jugak agak tidak kemas apabila kerap berjumpa dengan jalan berlubang-lubang. Walaupun gua pengantin baru, bila jumpa lubang yang ini macam punya kasar..rasa macam nak beli jet pejuang je. Mujur gua tak kaya macam Kak Semah.

Dan klimaks kepada kemenyirapan apabila melalui Highway ini adalah....

Ye kawan-kawan, ini adalah isu yang paling hangat diperdebatkan sehingga ke peringkat nasional. Harga tol. Sepanjang perjalanan kurang lebih 25 km, tol yang dikenakan adalah RM 5.90. Itu pun ada hati nak kaji semula harga. Mohon YB Azalina tubuh satu makmal untuk mengkaji jalan di highway Senai-Pasir Gudang- Desaru.

Yang mistiknya bila gua teringat kata-kata satu kutu yang terlibat secara langsung semasa pembikinan highway ini. Ada satu kematian pekerja dilaporkan di jambatan kecil sebelum keluar dari plaza tol Bandar Penawar. Dan dari sumber lain pulak cakap dekat KM60 kerap berlaku kemalangan. Ada sehari tu sampai 2 kali dia terserempak dengan kemalangan di area yang sama dan berkali-kali menyaksikan kemalangan di kawasan itu. Sekali gua perati betul-betul, KM60 tu adalah di jambatan kecil di mana berlakunya kes kematian pekerja. Misteri bukan? 

Wallahualam.