Saturday, July 4, 2009

Perosak anak bangsa

Belum sempat gua nak mejawat semula jawatan sebagai kutu, gua telah ditawarkan oleh syarikat gomen untuk membimbing anak bangsa ke arah pembangunan mampan. pembangunan mampan ni gua selalu je jumpa dalam surat kabar berita harian. kalau lu baca harian metro, perkataan ereksi pun lu bulih jumpa. takde ilmiah langsung. entah apa-apa je. macam jehan miskin.

Sebenarnya hari isnin ni bermula la tugas gua sebagai 'kakak jaga lab kompiter' dekat sekolah. tugas gua adalah untuk menarik minat budak-budak sekolah mencintai bidang teknologi informasi dan komunikasi ni. entah celah mana gua ni celik i.t pun gua x tahu. tapi masa temuduga itu hari gua dapat cong 2 orang pakar i.t untuk terima gua bekerja dengan diorang. kemudian gua dihantar berkursus seminggu untuk mendalami ilmu i.t ni. tapi dalam tak dalam mana. masalah gua sekarang, status gua dengan kompiter pun masih 'it's complicated' macam mana gua nak suruh budak-budak 'in a relationship' dengan kompiter? sebagai manusia yang punya otak licik macam gua ni, cepat je gua dapat pikir jalan penyelesaian. gua akan suruh budak-budak sekolah layari laman web sekian-sekian-sekian. tengok diorang addicted ke tak nanti.heh!!

Perasaan untuk meniaga popia di pasar malam sri serdang terpaksa gua tangguhkan buat sementara. terima kasih kepada kawan-kawan yang telah memberikan sokongan moral pada gua disaat gua buntu dan hilang punca.

8 comments:

macha_sezs said...

heh!
silap2 aribulan bebudak tu yang lagi power dari lu.

time tu lu cepat2 la redi-redi surat resign.

Schamastura said...

wehhh..
kelik kg xoyak..
camnie payah ar nak g treking..
adoiiii~~

jo said...

macha:
gua takkan bagi semua..gua bagi sikit-sikit je..kang lawan tokey pulak....

sharip:
haha...memang payah la weih...gua balik gumah mak bapak gua ni...jadi anak dara la pasni...

Aloy Paradoks said...

meniaga popia lagi stylo sebenarnya.

jo said...

aloy: gua dulu pun pk meniaga pasar malam ni cool sebenarnya..tapi kalu dah duduk tepi kuali, xtahu celah mana yg cool tu..

Aloy Paradoks said...

buat popia duduk sebelah kuali celah mana,,, nak nak pulak popia basah... jangan popia goreng.

jo said...

aloy:
kuali tu gerai sebelah jual ayam goreng punya....

Aloy Paradoks said...

or...